Friday 8 June 2012

KASIH




Kasih,
Masihkah kau ingat waktu pertama kali engkau mencuri hatiku,
Masihkah kau ingat detik-detik usahamu meyakinkan diriku,
Dan kau tersenyum senang setelah dirimu diterima,
Aku termangu mengenangkan kenangan kita itu,
Kasih,
Masihkah kau ingat deraian tawa yang kau ilhamkan kepadaku,
Dengan satu alasan yang kukuh supaya engkau tersenyum jua,
Susah payahmu meleraikan persengkataan kita,
Membuatku yakin kita pasti bersatu,
Kasih,
Masihkah kau ingat caramu memikatku,
Untuk membuatku terseyum sepangjang hari-hariku,
Engkau berkorban masamu untuk menghentikan curahan air mataku,
Dengan melafazkan janji-janjimu,
Kasih,
Ingatkah lagi saat kau cuba menjelaskan sesuatu yang merumitkan hubungan ini,
Dan kau menenangkanku dengan segala rayuan,
Setelah itu aku sering membilang hari,
Mengenangkan pemergianmu dalam perjuangan,
Kasih,
Dengan sabar aku memenuhi permintaanmu,
Supaya berpegang teguh dengan kesabaran dengan dugaan Illahi,
Aku cuba menguatkan hatiku yang lemah,
Terhadap hubungan yang semakin menjauh ini,
Kasih,
Tidakkah kau sedar aku menunggu perkhabaranmu,
Menunggu kepulanganmu dengan penuh setia,
Ku kuatkan bibrku untuk mengukir senyuman di hadapanmu,
Supaya hatimu tenang kembali mengahadapi perjuanganmu,

NAMUN.....

Kasih,
Setelah lama masa bersilih ganti,
Akhirnya dapat kita bersama meluangkan masa berkasih-kasihan,
Dimana permulaan cerita kita yang ingin kita ulangi bersama,
Akhirnya musnah untuk satu KEJAYAAN,
Kasih,
Aku tahu aku tidak sepatutnya hadir dalam dirimu,
Malah tidak sepatutnya menerima pujukan cinta darimu,
Kerana baru aku sedari bahawa diriku bukan terbaik,
Kerana menjadi penghalang masa depanmu,
Kasih,
Seandainya aku tidak memberi harapan pada dirimu,
Seandainya aku tidak melalaikanmu dalam sorongan waktu,
Seandainya aku melakar pelangi dalam dirimu,
Pasti kejayaan kau genggam hingga ke hari ini,
Kasih,
Hanya ini yang ku ingin kau tahu,
Pelangi yang dahulu gemerlapan walaupun waktu malam menjelma,
Yang sering menyinari hidup kita dari semasa ke semasa,
Kini kian kabur menjauh dari pandangan kita berdua,
Kasih,
Kini aku sedari apa yang terbaik untuk dirimu,
Restu itu lebih baik daripada kepuasan,
Pilihlah jalan terbaikmu sayang,
Walaupun perit menyulam di hati kita berdua,
Kasih,
Hanya doa dan air mata yang dapat aku kirimkan,
Semoga engkau kecapi kebahagiaan masa hadapan,
Walaupun pada hakikatnya aku perlu mengorbankan semua untuk dirimu,
kerna hanya itu yang termampu demi hubungan kita,
Kasih,
Janganlah kau lupa pada diriku,
Pernah mencoret sedikit sinaran pada dirimu,
Aku rela membiarkan kau pergi berlari jauh,
Untuk melihat dirimu bahagia dengan kejayaan yang telah kau cita-citakan selama ini...



Khas buatmu kasih.............
:'(