Friday 14 February 2014

My Way 18 :)


umur semakin meningkat, menunggu result yang bakal menentukan masa hadapn dengan penuh tabah selepas berusaha dan kini bertawakal. semoga semua pelajar SPM batch 96 akan memperoleh kejayaan yang cemerlang.
************************************
hidup kita ni umpama roda. kadang di atas kadang di bawah. kadang kita tersenyum kadang juga kita menangis. itu lumrah bagi manusia kerdil seperti kita. pabila gembira kita lupakanNya , tetapi pabila sedih mudah mendekatiNya. Na'uzubillah .
************************************
kita pasti tidak sedar dalam beberapa hal yang kita sedang lakukan, was-was. sama ada betul atau tidak tindakan tu. kita nie alpa ..... Alpa dalam menyesuaikan diri kita walaupun sudah keluar daripada kepompong sendiri. sedar tidak sedar ada yang menangis kerana kita, ada yang tertawa kerana kita . kadang-kadang, tudung labuh atau singkat , baju besar atau sendat, seluar ketat atau longgar, tidak mampu menonjolkan hati sebenar kita . memang diri sentiasa sedar tentang kejahilan, tetapi usaha hijrah tidak pernah pudar walaupun restu dari orang tidak pernah dikecapi . bukan mudah memuaskan hati semua orang . kita hidup bagai bunga , cantik didatangi, layu dijauhi . seharusnya muafakat hidup haruslah umpama bulan dan matahari, saling berganti, saling memahami, siang waktu untuk matahri malam untuk bulan . tapi kita tidak sedar . bintang itu tetap menemani bulan dan matahari. tiap waktu . itulah persahabatan sejati. walaupun kalah dengan sinaran matahari ia tetap berada di langit , walaupun menang dengan cahaya bulan , ia tetap tidak membangga diri menutupi bulan. alangkah indahnya persahabatan tanpa pertelingkahan . mahupun salah faham . alangkah indah .... tangan yang sama-sama kita pimpin di hadapan pintu syurga . alangkah indah ... Subhanallah .kadang-kadang sahabat umpama cacing , dianggap kotor padahal baik untuk tanahnya. memang benar manusia itu tidak sempurna , tapi alangkah baiknya AMARAH itu mampu kita kawal sepenuhnya , hilang pertelingkahan , hilang salah faham. namun usah kita gundah tentang persahabatan . setiap orang mampu menghargai hubungan indah ini . walaupun mesra tidak ditunjukkan , tetapi itulah sahabat yang selalu mengambil berat . tetapi tidak pinta balasan . tetapi ada juga sahabat yang rapat umpama isi dan kuku, namun perbalahan yang memisahkan . usah risau , sahabat tiada sempadan . bersahabatlah walau dengan seburuk sifat manusia itu, asalkan jati diri mampu dipertahankan . usah caci . usah herdik , mungkin pada masa akan datang dialah penyelamat kita .sahabat.... aku rindu
**********************************************
erti persahabatn mematangkan aku . kini aku mampu terima dengan rela hati . yaAllah jadikan aku seorang yang mampu menerima apa sahaja keadaan . kini aku mampu.... aku mampu senyum walaupun perit di hati . kerana rasa sayang yang sangat elimpah di hati ini untuk insan bernama SAHABAT........