Friday 14 February 2014

My Way 18 :)


umur semakin meningkat, menunggu result yang bakal menentukan masa hadapn dengan penuh tabah selepas berusaha dan kini bertawakal. semoga semua pelajar SPM batch 96 akan memperoleh kejayaan yang cemerlang.
************************************
hidup kita ni umpama roda. kadang di atas kadang di bawah. kadang kita tersenyum kadang juga kita menangis. itu lumrah bagi manusia kerdil seperti kita. pabila gembira kita lupakanNya , tetapi pabila sedih mudah mendekatiNya. Na'uzubillah .
************************************
kita pasti tidak sedar dalam beberapa hal yang kita sedang lakukan, was-was. sama ada betul atau tidak tindakan tu. kita nie alpa ..... Alpa dalam menyesuaikan diri kita walaupun sudah keluar daripada kepompong sendiri. sedar tidak sedar ada yang menangis kerana kita, ada yang tertawa kerana kita . kadang-kadang, tudung labuh atau singkat , baju besar atau sendat, seluar ketat atau longgar, tidak mampu menonjolkan hati sebenar kita . memang diri sentiasa sedar tentang kejahilan, tetapi usaha hijrah tidak pernah pudar walaupun restu dari orang tidak pernah dikecapi . bukan mudah memuaskan hati semua orang . kita hidup bagai bunga , cantik didatangi, layu dijauhi . seharusnya muafakat hidup haruslah umpama bulan dan matahari, saling berganti, saling memahami, siang waktu untuk matahri malam untuk bulan . tapi kita tidak sedar . bintang itu tetap menemani bulan dan matahari. tiap waktu . itulah persahabatan sejati. walaupun kalah dengan sinaran matahari ia tetap berada di langit , walaupun menang dengan cahaya bulan , ia tetap tidak membangga diri menutupi bulan. alangkah indahnya persahabatan tanpa pertelingkahan . mahupun salah faham . alangkah indah .... tangan yang sama-sama kita pimpin di hadapan pintu syurga . alangkah indah ... Subhanallah .kadang-kadang sahabat umpama cacing , dianggap kotor padahal baik untuk tanahnya. memang benar manusia itu tidak sempurna , tapi alangkah baiknya AMARAH itu mampu kita kawal sepenuhnya , hilang pertelingkahan , hilang salah faham. namun usah kita gundah tentang persahabatan . setiap orang mampu menghargai hubungan indah ini . walaupun mesra tidak ditunjukkan , tetapi itulah sahabat yang selalu mengambil berat . tetapi tidak pinta balasan . tetapi ada juga sahabat yang rapat umpama isi dan kuku, namun perbalahan yang memisahkan . usah risau , sahabat tiada sempadan . bersahabatlah walau dengan seburuk sifat manusia itu, asalkan jati diri mampu dipertahankan . usah caci . usah herdik , mungkin pada masa akan datang dialah penyelamat kita .sahabat.... aku rindu
**********************************************
erti persahabatn mematangkan aku . kini aku mampu terima dengan rela hati . yaAllah jadikan aku seorang yang mampu menerima apa sahaja keadaan . kini aku mampu.... aku mampu senyum walaupun perit di hati . kerana rasa sayang yang sangat elimpah di hati ini untuk insan bernama SAHABAT........

Wednesday 19 June 2013

Khilaf Aku :')


hokay hari yang teramat sedih nie nak kongsi cerita kat korang tentang kawan-kawan aku yang aku pernah sayang dan sentiasa sayang .. ehh ehh bukan WIFDZEA tuuuuuu .. bukan bukan ! nie semua perempuan .. entry kali nie aku bukan sengaja nak memeburuk-burukkan diri aku or mengaibkan kawan-kawan aku .. tapi aku sebenarnya hanya nak melepaskan rindu dekat geng yang akan aku cerita lepas nie .. hahaaa panjang kan intro dye .. alahaiii penat je membebel kan .. padahal tulis je ponn

aku tersangat rapat dengan kawan aku yang hanya aku kenali kat sini sebagai along,angah,ude,adik,myia dan makcik(sista) .. yeah ! sangat rapat .. ape je yang kitaorang tak buat sama-sama .. makan sama-sama gelak nangis sama-sama .. pokoknye semua sama-sama lah .. tapi bila ude dan myia pindah aku makin rasa kosong sebab kembar aku dah tak mendampingi aku .. time tuu kitorang masih rapat lagi .. tapi start aku masuk form4 .. herm :') aku mula berubah .. aku cuba untuk berhijrah atas sebab-sebab tertentu yang sangat personal dan mengaitkan keaiban diri ramai orang .. dan aku cuba cari keikhlasan kepada Allah macam mana yang kawan-kawan aku nie nasihatkan .. aku mula menjauh dari sista aku .. dan akhirnya sampai satu masa mereka mengaku yang mereka terasa hati kat aku .. aku faham .. aku faham macam mane rasenye bila dibuat macam tu .. dan selepas tu mereka nasihatkan aku untuk berkelakuan seperti biasa dengan diorang .. aku cuba .. aku cuba bersungguh-sungguh untuk dekat semula dengan mereka .. betul lah ape sista kate , aku curik tengok-tengok diorang walau dari jauh .. hanye satu sebab .. AKU RINDU .. tapi makin kuat usaha aku nak dekat dengan diorang , makin lama aku sedar usaha aku sia-sia .. sebab apa ? maaflah aku tak pernah salahkan diorang dan aku tak nak aibkan diorang .. sebab mereka kawan TERRRBAIK pernah aku jumpa .. aku menebalkan muka untuk usaha aku sebab aku tahu salah aku tersangat besar pada diorang .. dan kini aku rela mereka bagi aku pandangan ape je pade aku .. aku reda kita semakin jauh sebab aku nampak sia-sianya usaha aku selama nie .. hanya Tuhan sahaja yang tahu tebalnya rindu pada satu ukhuah yang pernah terbina .. dan hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa ikhlasnya aku lakukan semua nie .. 

sista , aku tak pernah salahkan korang terhadap apa yang berlaku .. 100% aku salahkan diri aku .. aku tak pernah nak buang memori kita .. aku tak pernah memilih kawan atas penghijrahan aku .. aku minta maaf atas semua salah aku .. halalkan jika aku termakan atau terminum .. keputusan aku sekarang dah bulat walaupun sangat menyakitkan aku .. sebab aku terlalu sayang korang .. mungkin kesungguhan aku tak sampai di mata sista .. tapi aku reda .. aku sanggup di'judge' korang lepas nie .. aku sanggup menjalani hari-hari lihat korang bahagia macam sekarang nie .. aku bukan sengaja melepaskan korang , tapi aku lebih rela tengok sista bahagia tanpa aku daripada hadirnya aku bersama korang .. bukan sebab aku bersama kawan-kawan lama aku dan jangan pernah menganggap mereka pengganti sista .. setiap rakan yang hadir tak sama nilainya .. dan aku tak pernah langsung memilih kawan .. aku tak pernah menggunakan alasan air mata aku untuk meraih simpati sista .. sampai mati pon aku tetap akan ingat korang dan aku tetap akan SAYANG dan RINDU sista :')

*maafkan acik seandainya kehadiran acik melukakan hati sista .. walaupun acik ada sebab tersendiri kenapa acik jadi macam tu tapi anggap je lah semua ini salah acik ya .. acik rindu sangat dekat sista tapi abaikan lah .. abaikan sebab acik dah usaha dan mungkin tak sampai usaha tu pada sista .. acik reda dengan ketentuanNya dan in Shaa Allah ada hikmah lebih baik selepas nie .. semoga sista semua berjaya dunia akhirat .. aamiin ..





# aku rindu sista :'( #

wassalam